Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 26, 2010

Nasi Goreng Power!

Video ni ditujukan khas buat orang bujang baik lelaki atau perempuan yang tak reti memasak atau yang tak pernah ke dapur...Pesanan saya, rajin2 lah ke dapur sekali sekala, memang best kalau kita masak sendiri.. hahaha..Yang tak sedap pun jadi sedap beb! Hangit takpe janji masak sendiri!! Cuba cara aku ni..Semua bahan2 ada dinyatakan dalam video ni..Korang boleh masukkan telur sekali dalam nasi, atau pun goreng telur dadar satu untuk dimakan bersama kemudian!



Resepi Nasi Goreng Power


Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

1 comment: