Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 26, 2010

Nasi Goreng Power!

Video ni ditujukan khas buat orang bujang baik lelaki atau perempuan yang tak reti memasak atau yang tak pernah ke dapur...Pesanan saya, rajin2 lah ke dapur sekali sekala, memang best kalau kita masak sendiri.. hahaha..Yang tak sedap pun jadi sedap beb! Hangit takpe janji masak sendiri!! Cuba cara aku ni..Semua bahan2 ada dinyatakan dalam video ni..Korang boleh masukkan telur sekali dalam nasi, atau pun goreng telur dadar satu untuk dimakan bersama kemudian!



Resepi Nasi Goreng Power


Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Kempen Menjaga Alam Flora



Kesedaran orang awam menjaga alam sekitar masih di tahap
rendah walaupun banyak kempen dan aktiviti memelihara persekitaran giat
dijalankan kerajaan.Sehubungan itu, Persatuan Penduduk Bangsar Baru (BBRA) dengan kerjasamaAlam Flora Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkankempen membersihkan kawasan di sekitar kediaman Bangsar Baru, bermula jam9.30 pagi hingga 1 tengah hari, semalam.
Pengerusi BBRA, Datuk George Joseph, berkata kempen kebersihan itu
diadakan bagi memupuk kesedaran di samping masyarakat setempat memelihara
alam sekitar.

"Masyarakat tahu cara yang betul menjaga kebersihan cuma ada segelintir
yang degil membuang sampah di hadapan rumah walaupun pihak berkuasa sudah
menyediakan tong sampah."Kempen ini dijalankan secara berperingkat bagi memberi pendidikankepada penduduk berhubung pentingnya menjaga alam sekitar termasukmengedarkan borang kaji selidik, "katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Sementara itu, Pengurus Operasi Alam Flora Kuala Lumpur Service Area
(KLSA), Zakwan Saidin, berkata pihaknya sentiasa memantau kebersihan di
setiap kawasan perumahan."Dalam menjaga kebersihan , kami memerlukan kerjasama masyarakatmemastikan setiap kawasan perumahan bersih," katanya.

Wednesday, February 17, 2010

Kenapa Kita Perlu Berniaga

Salam kepada semau pembaca, topik ini mukin membuatkan kita termenung sejenak untuk memberikan jawapan. Mari kita amati satu persatu jawapan di bawah:

1- INGIN MENJADI KAYA
Jika kita mahu menjadi kaya, tukarlah sumber mata pencarian rezeki dan pendapatan kita melalui perniagaan. Cuba anda lihat di sekiling kita, setiap mereka yang kaya sumber pendapatan mereka datang dari hasil perniagaan. Cuba lihat dan renungkan. Tertapi bukan lah mudah untuk terus kaya, perlukan kesabaran dan ketekunan dan tidak mudah menyerah kalah. Dari itu cubalah dari sekarang kita mulakan berniaga secara kecilan. Berjual kuih ker, kerepik ker atau apa- apa yang kita fikirkan boleh di jual. Jika anda sedang berkerja tidak perlulah anda berhenti berkerja, cuba berniaga secara sambilan dahulu. Kepada yang tidak bekerja rasanya cuba-cuba lah memulakan perniagan secara kecilan, sebagai contoh berjual buah potong dan air cedok di tepi jalan.

Monday, February 15, 2010

Kenapa Ramai Pakistan Berniaga Di Malaysia

Moto penuh dengan bonjotan kain terikat di belakang moto dan beg penuh kain di bakul moto. Mukin itu senario yang sering kali kita lihat di jalanan. Atau sambil menjunjung kain di kepala , beg di lengan dan tikar buluh di tangan adalah senerio biasa kita lihat. Dari jauh sudah kita kenali mereka ini, BAI atau perniaga pakistan.Mungkin kita terlepas pandang kehadiran mereka kini semakin bertambah di sekiling kita dan jika kita amati kini mereka telah mempunyi van dan kedai sendiri dalam perniagan mereka.
Kenapa mereka ini semakin ramai berniaga dan semakin mewah dengan kenderaan dan maju dalam perniagaan berbanding dengan sebahgian perniaga kita yang berniaga tepian jalan walaupun sudah berpuluh tahun masih tidak mempunyi kedai.Atau kita yang bertahun berada di tanah air sendiri ini masih tidak mampu untuk memiliki moto atau kereta.
Jom kita sikap kisah mereka bagai mana boleh kaya dan mewah. Kalau kita perhatikan kehadiran mereka ini kebanyakan di penepatan yang mejoritynya penduduk melayu , seperti di felda - felda, kampung dan sekitar taman perumahan yang mejoritinya penduduk melayu.
Mereka menjual pakaian,