rendah walaupun banyak kempen dan aktiviti memelihara persekitaran giat
dijalankan kerajaan.Sehubungan itu, Persatuan Penduduk Bangsar Baru (BBRA) dengan kerjasamaAlam Flora Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkankempen membersihkan kawasan di sekitar kediaman Bangsar Baru, bermula jam9.30 pagi hingga 1 tengah hari, semalam.
Pengerusi BBRA, Datuk George Joseph, berkata kempen kebersihan itu
diadakan bagi memupuk kesedaran di samping masyarakat setempat memelihara
alam sekitar.
"Masyarakat tahu cara yang betul menjaga kebersihan cuma ada segelintir
yang degil membuang sampah di hadapan rumah walaupun pihak berkuasa sudah
menyediakan tong sampah."Kempen ini dijalankan secara berperingkat bagi memberi pendidikankepada penduduk berhubung pentingnya menjaga alam sekitar termasukmengedarkan borang kaji selidik, "katanya dalam sidang akhbar, semalam.
Sementara itu, Pengurus Operasi Alam Flora Kuala Lumpur Service Area
(KLSA), Zakwan Saidin, berkata pihaknya sentiasa memantau kebersihan di
setiap kawasan perumahan."Dalam menjaga kebersihan , kami memerlukan kerjasama masyarakatmemastikan setiap kawasan perumahan bersih," katanya.
No comments:
Post a Comment